Terpisah Antara Dua Dunia

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, January 1, 2014

Ayang...hari pertama persekolahan adik....

01/01/2014
Selamat Tahun Baru 2014.

Ayang,
Tahun silih berganti, 2014 sudah menjelma kini. Tahun ni ada sedikit perubahan dengan waktu bekerja bagi rakyat Johor. Cuti hujung minggu telah bertukar ke hari Jumaat dan Sabtu, manakala hari khamis pula waktu bekerja tamat pada jam 3.30 petang. Perubahan yang menarik untuk dilalui.
 
Ayang,
Hari ni juga adalah hari pertama adik memulakan alam persekolahan. Alhamdulillah adik dan kakak mudah bangun pagi tadi. Adik memang seronok dapat ke sekolah dan memakai uniform sekolah. Mulai hari ini juga saya akan bersiap awal ke tempat kerja kerana perlu menghantar kakak dan adik terus ke sekolah. Kakak dah masuk 6 tahun, jadi dia perlu libih fokus dalam mengikuti sesi pembelajaran. Jarak rumah kita dan sekolah memang agak jauh tetapi itu saja pilihan saya memandangkan sekolah mereka berdekatan dengan rumah wan dan ibu, lagipun cikgu hajar dan pembantunya sangat baik dan penyayang.
 
Ayang,
Pagi tadi kakak menangis mendayu-dayu sebab saya tak bagi dia keluar dari kereta sebelum saya. Adik pula berlari mendapatkan pembantu setelah keluar dari kereta. Saya pimpin tangan kakak ke dalam kawasan sekolah dan apabila melihat cikgu di depan pintu, kakak terus menerpa ke arahnya. Dia peluk cikgu erat-erat macam rindu sangat. Sebenarnya dia memang tak sabar nak jumpa cikgu dan sedih bila saya suruh dia tunggu sehingga saya bukakan pintu kereta untuk dia. Kalau orang tengok mesti ingatkan kakak menangis sebab tak mahu ke sekolah, rupa-rupanya dia dah tak sabar nak pegi sekolah......
 
Ayang,
Sayang sungguh kerana awak tak dapat melihat anak-anak dengan uniform sekolah mereka. TApi saya pasti janji Allah itu lebih baik untuk awak, saya dan semua yang hidup di muka bumi ini.
 
Ayang,
Jom tengok gambar adik dan kakak hari ni dengan unform sekolah mereka......
 
 Kakak dan adik bergaya sebelum ke sekolah


 Sorang nak terbang, sorang lagi nak berenang...bergaya bersama beg masing-masing.....


 Comel tak adik.....budak yang suka bergaya, nasib baik tak mintak pakai lipstik hari ni.....


 Dengan mama kat office mama....nak isi online keluar 2 jam tapi internet down plak...
so isi manual je la.....


 Kakak macam layu je mata.....
Fesyen rambut hasil seni cik da...waaaa....jangan buat cam gini lagi cik da oiiii.....


 Adik dan kakak leka bermain dalam kelas.......






eh..eh...sape yang dekat ngan kakak tu....
 


Ayang,
Alhamdulillah adik dah biasa dengan sekolah dan cikgu. Dia siap suruh saya balik lagi, sebab nanti wan boleh hantar dan ambik dia dari sekolah....hahahaha....adik ni anak sapa ni......
 
Ragam hari pertama sekolah....tadi ada seorang budak yang memangis nak ikut mak dia balik....lama betul budak tu nangis, dan setelah penat tangisan pun hilang, dia dah boleh bermain dengan kawan-kawan yang lain....
 
Ayang,
Lena lah dikau dalam dakapan bumi Illahi. Moga pusaramu menjadi mahligai syurga sementara menanti hari dibangkitkan nanti. Usah risau kami di sini kan setia mendoakan kesejahteraanmu sayangku.
 
Ya Allah,
Aku bermohon padamu ampunilah dosa-dosa ayah kepada anak-anakku. Cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah dia dikalangan kekasih-kekasihMU.
 
Khas buatmu suamiku Norazizi.....Al-Fatihah....
 
 
Aku yang sentiasa menyintaimu,
"loVe"
-763-
 
 
 
 

Thursday, December 5, 2013

Ayang....732....

*Catatan ini dibuat pada 1 Disember 2013*

Ayang,
Sudah dua tahun jasad awak di dalam bumi......terpisah kita bukan sahaja dari jarak dan masa, malah dari dunia yang jauh berbeza. Walaupun ianya bersifat sementara, pastinya kita hanya boleh diketemukan jua hanya di syurga...itu pun hanya dengan izin dariNYA..........
 
Ayang,
Walauapapun jua saya di sini kan setia mendoakan kesejahteraan awak di alam sana.
 
Ayang,
Pantasnya masa beredar sehingga sesekali membuatkan saya terlupa yang sudah dua tahun, bersamaan dengan 732 hari awak meninggalkan saya. Rasanya bagai baru saja kita diijab kabulkan dalam suasana yang penuh gemilang. Dan bagaikan baru semalam saya merasa peritnya kehilangan awak.......
Tersedar dari mimpi saya kini hanya ditemani dua puteri kita....penyambung kasih antara awak dan saya. Alhamdulillah, syukur sebab cikda masih sudi menjadi peneman dan penjaga kami bertiga....
 
Ayang,
30 november 2013 yang lepas kami adakan majlis tahlil untuk awak, ikh, yayi, mak & abah awak, abang long serta semua kaum keluarga kita yang telah meninggalkan alam fana ini. Moga roh kalian dicucuri rahmat Illahi dan di tempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh. Ameen.
 
Ya Allah,
Aku memohon padaMU agar ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa suamiku Norazizi, dosa anak-anak kami, dosa ahli keluarga kami dan seluruh umat islam sama ada yang hidup atau yang telah menemuiMU. Lepaskan kami dari azab kubur, lepaskan kami dari azab api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMU tanpa di hisab.
Aku memohon padaMU agar kau satukanlah aku bersama suamiku dan anak-anak kami di syurga abadi. Cucuri rahmatMU buat kekasih ku di dunia ini....Norazizi....
 
Khas buat yang kekasih hati.....AL-Fatihah.....
 
 
Aku yang sentiasa menyintaimu,
"LoVe"
-732-

Ayang....Ulangtahun kesepuluh...

Ayang,
5 disember pernah menyaksikan lafaz akad dari bibir awak sebagai tanda saya sah menjadi milik awak...Indahnya saat itu....
 
Alhamdulillah awak kotakan janji awak untuk setia bersama saya hingga ke akhir hayat awak....saya sayang awak sentiasa dan selamanya....

Ayang,
Hari ini 5 disember datang lagi untuk kali yang ke sepuluh...selamat hari ulangtahun perkahwinan kita Yang....

Daisypath Anniversary tickers

Ayang,
Rancangan kita untuk mengambil gambar perkahwinan di studio di temani dua orang puteri membawa bunga pada ulangtahun yang kesepuluh tinggal impian yang tak mungkin kan terlaksana.....kita hanya mampu merancang dan sesungguhnya hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita, hambaNYA.....

Ayang,
Walaupun awak telah tiada, saya akan tetap memperingati tarikh bersejarah kita berdua ini untuk tahun-tahun seterusnya. Selagi nyawa dan ingatan dipinjamkan selagi itulah namamu tetap dihati.
 
Ayang,
Untuk kali ini,  ini sahaja hadiah yang dapat saya berikan untuk awak. Lega rasanya bila saya dah dapat sijil ni. Saya tahu ini memang impian awak, cumanya kita tak dapat menunaikannya bersama-sama.....inilah kenyataan...walaupun awak tak dapat nak tunaikannya sendiri, saya rasa sangat beryukur kerana dapat tunaikan hajat awak yang satu ini....... 


Selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang kesepuluh, sayang ku, Hj Norazizi Hj Mukhibat.....Terima kasih atas kasih sayangmu yang berkekalan hingga kini......

Ya Allah,
Kau cucurilah rahmatMU buat kekasih hatiku di dunia ini, Hj. Norazizi....Tempatkanlah rohnya dikalangan para solehin dan dikalangan kekasih-kekasihMU. Temukan kami sekeluraga di syurgaMU yang kekal abadi....ameen.....

Khas buat yang tercinta selamanya, Hj. Norazizi......Al-Fatihah.....

Lilypie Angel and Memorial tickers


Aku yang sentiasa menyintaimu,
"LoVe"
-736-

Thursday, September 19, 2013

Ayang,
Moga awak sejahtera dengan limpah rahmat Illahi di alam sementara.

Ayang,
Dua bulan lamanya blog saya sepi tanpa catatan. Bukannya tak ada cerita tetapi saya yang tidak berkesempatan nak menaip dan meluangkan masa menitip cerita semasa saya dan anak-anak. Saya rindu hendak menulis sebenarnya.....
Nak mula cerita dari mana ye....
 
Ayang,
2 Ogos - Saya boleh terlupa dengan tarikh hari ini. Kalau dulu setiap tahun" alarm" pada telefon bimbit saya akan berbunyi pada  pukul 11.29 pagi &11.33 pagi. Tapi semenjak telefon saya tu kena curi  semasa rumah kita dipecah masuk, saya dah lupa nak set tarikh dan masa ni.
Saya hanya tersedar tentang tarikh kelahiran dan kematian putera kembar kita selepas pulang dari aktiviti memberi sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan oleh kelab BPF. Ini adalah aktiviti tahunan sempena bulan ramadhan dan tahun ini kami menyampaikan sumbangan kepada waris seorang pekerja perkhidmatan di sini yang baru meninggal dunia........
 
Selamat Hari Lahir ke-8 buat bidadara syurga,  putera kembar mama dan papa,  Noradam Norazizi &; Norhakim Norazizi...........Mama sayang kamu berdua tapi mama tahu Allah lebih menyayangi kamu berdua sayang.....
 
Ayang,
8 Ogos - Hari ni 1 Syawal 1434H, hari raya aidilfitri yang di sambut oleh semua umat islam. Semua orang riang dan gembira tapi saya senyum dalam duka. Alangkah indahnya dunia saya dan anak-anak andai awak ada bersama. Tapi apakan daya, saya hanya insan kerdil yang hanya dipinjamkan nyawa olehNYA. Saya tiada kuasa menolak takdir yang telah ditentukan untuk kita.
Mengunjungi pusara awak di pagi syawal menerbitkan pelbagai rasa. Sebak dada saya menahan perasaan. Saya kuat demi anak-anak yang kian membesar. Doa saya tak mungkin putus untuk awak.
Di pusara kami tiga beranak sedondon mengenakan baju raya berwarna "pink' tema warna pilihan adik. Adik dah ambil alih tugas awak dalam menentukan tema warna baju untuk di pakai di hari raya. Terdetik juga dihati apa reaksi awak andai awak perlu memakai baju warna pink........

9 Ogos - Keluarga saya berkonvoi pulang ke kampung. Kalau dulu saya boleh bersenang lenang melihat pemandangan di tempat duduk sebelah pemandu, tapi sekarang saya lah yang dah kena jadi supir.....

25 Ogos- Kak uda buat rumah terbuka di kedai dia. Saya tak dapat menolong banyak kerana tahun ni saya dah mula ikut semula aktiviti marhaban di taman kita. Saya rasa saya perlu bermasyarakat semula seperti yang awak pernah kata....kita nak duduk lama di sini kerana kita dah beli rumah di taman ni, jadi kita perlu mengikuti aktiviti masyarakat di sini sebab kita dah jadi sebahagian dari orang kampung di sini.....

26 Ogos - Tiada sambutan hari lahir untuk saya. Saya rindu ucapan selamat hari lahir dari awak setiap
 
Ala, nape saya tak perasan saya ter"publish" cerita yang belum habis ni.....Tajuk pun xde.....Macam mana saya boleh tak perasan.....
Xpe la nanti saya sambung semula cerita ni ye.....

Sebelum tu saya tetap ingin akhiri catatan saya dengan doa kahs untuk awak......

Ayang,
Saya doakan awak beradu dengan aman di pusara awak. Lena dalam dakapan rahmatNYA. Moga roh awak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh.....Ameen

Ya ALLAH,
Ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua orang tuaku




 

Monday, July 29, 2013

Ayang....Kuih raya....

Ayang,
Bila cerita pasal hari raya mesti orang sibuk pasal baju raya, langsir raya, kuih raya dan duit raya. Saya tak kisah sangat pasal baju raya sebab saya dah siap tempah baju raya. Tahun ni anak dara kita yang kecik tu dah pandai pilih tema. Dia memang fanatik sangat dengan warna merah jambu @ pink. Semua benda nak warna pink. kalau boleh kereta pun nak warna pink, so kami semua akan mengikut tema pilihan adik....hahahaha....

Ayang,
Kali ni saya nak bagitau yang malam tadi saya dah buat kuih raya. Tapi tak tahu la samada sempat ke tak nak buat raya. Adik dengan penuh bersemangat membantu saya. Secara tak langsung dia dah gantikan tempat awak sebagai food tester. Sibuk menolong aka mengacau sebenarnya sambil meneman dan bercelotih. Orang dah petah bercakap ni memang ada-ada jer yang dia nak cerita. Kakak pula awal-awal dah tidur sebab dia tak tidur sepanjang hari semalam. Ni kalau kakak pulak dah rasa mau kejap je licin....

Ayang, 
Jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil.....


Tat bunga tulip dalam oven

Jeng-jeng....hot from oven.....

Mula-mula minta disuap......

Pastu adik dah mula makan kuih sendiri.....

Akhirnya dia dah ngadap dan berkira-kira nak makan yang mana plak lepas ni.... :-))

Ayang,
Seronok tengok adik makan kuih tat tulip tu. Tahun ni saya saja buat tat yang lain sikit. Macam dah boring pulak ngan bentuk biasa. Lagipun anak-anak kita masih kecik, jadi buat kuih yang cantik sikit sebagai cara nak tarik perhatian dia supaya suka makan kuih yang saya buat sendiri. Tapi serius sedap....hehehehe.....(sebab saya suka tat.....jangan pulak ada yang menyampah ingat saya masuk bakul angkat sendiri....hehehehe). Sebenarnya saya suka buat sendiri kuih tat ni sebab saya pernah beli dan kuih tat tu berkulat masa nak dihidangkan di hari raya. Frust sangat. Jadi untuk menjaga kualiti dan kebersihan, adalah lebih baik saya buat sendiri. Dulu saya beli tepung yang dah siap jual tapi tahun ni saya adun sendiri, tapi jem nenas tu saya beli la....x pandai nak buat jemnya lagi....Hasilnya amat memuaskan hati saya dan adik.....(saya ikut resepi dalam blog kak ita-masammanis).

Ayang,
Teringat kalau awak ada awak yang akan jadi tukang rasa dan tukang komen. Sekarang adik pulak yang ambik tempat awak. Tapi adik ni mulut manis betul, sebab baru keluarkan kuih tat dari oven dia dah kata sedap. Padahal baru cium bau je, belum pun rasa lagi.....adik, adik....kiut sangat dengan gaya manjanya....

Ayang,
Kami rindukan awak. Moga rindu ini akan menyatukan kita semua di syurga. Kami doakan awak bahagia dan aman di sana. Bersemadi di taman mini syurga, diampunkan segala dosa oleh Yang Maha Esa.

Ya ALLAH,
Cucuri rahmatMU buat roh suamiku Norazizi dan tempatkan dia dikalangan hambaMU yang beramal soleh. Aku memohon padaMU agar denga rahmatMU, KAU satukan kami sekeluarga di syurgaMU yang abadi. Lepaskan lah kami semua dari segala azab siksa kubur dan azab siksa api neraka. Hanya padaMU kami memohon pertolongan dan keampunan. Sesungguhnya kaulah yang maha berkuasa atas segalanya di langit dan di bumi.

Khas buat suami tercinta, Norazizi.....Al-Fatihah.....


Aku yang sentiasa menyintaimu,
"LoVe"
-607-

Friday, July 26, 2013

Ayang....ramadhan kali ini....

Ayang,
Hari ni hari ke-17 Ramadhan (Nuzul Al-Quran). Pantas betul masa berlalu. Tahun kedua saya berpuasa tanpa awak. Dulu kalau awak ada, saya akan bangun awal dan menyediakan juadah untuk bersahur. Awak suka makanan yang baru dimasak dan panas-panas untuk bersahur. Tidak perlu yang berat-berat cukup sekadarnya.

Ayang,
Itu semasa awak masih di dunia. Kini saya tidak mampu untuk meneruskan rutin tersebut dibulan ramadhan. Hati saya jadi sayu nanti bila melihat hidangan tanpa awak. Saya masih bangun bersahur tetapi sekadar minum air panas dan sekali-sekala menjamah sekeping roti. Itu sudah memadai untuk saya. Lagipun anak-anak masih kecil dan belum boleh untuk berpuasa. Mungkin satu hari nanti apabila mereka telah boleh sama-sama menjalani ibadat puasa, saya akan meneruskan rutin ini. Tapi cik da masih bersahur dan saya temani dia juga walaupun saya hanya meneguk air sahaja.

Ayang,
Ramadhan tahun ni kami berbuka puasa seringkas yang boleh. Alhamdulillah saya pun baru sekali je pergi ke bazar ramadhan. Makanan tidak membazir dan tidak terlalu bayak. Sejujurnya saya suka kalau dapat menyediakan makanan sendiri kerana kebersihan terjamin. Tetapi agar sukar sebenarnya untuk sampai awal ke rumah dan memasak sepenuhnya setiap hari.

Ayang,
Alhamdulillah saya dan anak-anak sudah pun dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga awak. Jumaat minggu lepas semua mereka berkumpul di rumah kita. Kebetulan saya sudah masak dan kakak serta abang awak bawa makanan secara "port luck". Yang saya pasti tiga orang budak kecik (kakak, adik & adam) adalah orang yang paling gembira. Agaknya dah lama tak jumpa membuatkan mereka saling merindu....hehehe....Abang akid pula sibuk je dengan telefon bimbitnya. Agaknya dah ada awek kot :-)).....

Ayang,
Saya masih tidak berkesempatan bersolat tarawih di masjid kerana anak-anak masih kecil. Saya risau kalau kakak hilang nanti. Namun begitu saya masih melakukan solat tarwih di rumah. Oh ya, lagi satu kami berpakat adik beradik membuat tadarus al-quran. InsyaALLAH kami akan buat khatam al-quran sebelum malam raya nanti di kampung. Tak sabar rasanya.......

Ayang,
Tiba-tiba rasa rindu nak dengar suara lunak awak mendendangkan ayat-ayat suci al-quran.......
Ya ALLAH.......kuatkan hati ini.....

Ayang,
Bersemadilah dengan aman di taman mini syurga. Saya doakan awak damai disana, dihapuskan segala dosa dan dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa. Moga kita semua dijauhkan dari seksa dan azab api neraka. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab dan disatukan di syurga abadi......Ameen

Khas buatmu suamiku, Norazizi.....Al-Fatihah....

Aku yang sentiasa menyintaimu,
"LoVe"
-604-





Tuesday, July 9, 2013

Ayang....Ramadhan telah tiba....

Ayang,
Esok seluruh umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Ramadhan telah tiba lagi.....Puasa tahun kedua saya tanpa awak. Mungkin saya lebih redha sekarang ini berbanding tahun lepas. Walaupun ada masanya saya gagal mengawal perasaan, tetapi saya rasa lebih tenang sekarang ini. 

Ayang,
Dikesempatan ini saya nak ambil peluang memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri saya, awak dan anak-anak. Moga ramadhan membawa seribu keinsafan dan memberi peluang untuk kita mengumpul bekalan untuk dibawa di akhirat kelak. Insya-ALLAH.....

Salam ramadhan untuk semua...................Moga kita dipertemukan dengan ramadhan ini hingga ke penghujungnya......Ameen

Khas buat suami tercinta, Norazizi dan semua umat muslimin dan muslimat yang telah mendahului kami ke alam barzah......Al-Fatihah.....


Aku yang sentiasa menyintaimu,
"LoVe"
-587-