Terpisah Antara Dua Dunia

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, July 30, 2009

Hospital

Minggu lepas adalah minggu lawatan dan rawatan Maria di hospital.
20 julai
Pagi-pagi lagi kami telah bertolak ke HPSF Muar. Temujanji Maria dengan pakar mata menunjukkan keputusan positif - Maria tidak ada masalah penglihatan. Tetapi doktor mencadangkan temujanji seterusnya dalam tempoh setahun dari sekarang disebabkan aku dan zizie sememangnya bermata 4.......
23 julai
Hari ni kami terpaksa ke hospital Batu Pahat pula untuk ujian jantung Maria. Kami bertolak lebih awal berbanding semasa ke HPSF Muar kerana jaraknya yang lebih jauh dari segamat. Sebelum sesi rawatan, Maria diberi ubat tidur untuk memudahkan doktor membuat pemeriksaan ke atas jantungnya. Yang pelik lambat betul tindakbalas ubat tidur tu. Puas zizie mendodoikan maria, akhirnya setengah jam kemudian barulah dia lena.
Alhamdulilllah doa kami suami isteri dimakbulkan. Maria sihat dan tidak mempunyai apa2 masalah dijantungnya. Doktor mengesahkan jantung maria cantik dan berfungsi dengan baik. Maha suci Allah yang memperkenankan doa hambaNYA.
Petang tu kami singgah ke rumah kak Long zizie di Parit Yusof, tempat permata kembar kami bersemadi. Zizie sempat menziarahi kubur Adam dan Hakim serta abang Long. Aku hanya memerhati dari dalam kereta kerana Maria sedang lena. Tanpa aku sedari ada air jernih turun laju,laju dan terus laju. Aku masih rindu kepada mereka berdua, apatah lagi aku cuma dapat menatap wajah Adam seketika cuma dan tidak berpeluang langsung memegang mahupun manatap wajah comel Hakim. Semoga kita bertemu di syurga anak-akan mama.
Aku cepat2 mengesat airmata apabila kulihat zizie bergerak ke kereta setelah selesai membaca tahlil di pusara insan2 yang kami sayangi. Aku harus cekal dan tabah.
Sebenarnya kesan ubat tidur pada Maria memang dasyat. Balik dari hospital dia terus macam orang mabuk tidur. Tidur yang lena sepanjang balik ke segamat hinggalah ke malam. Malam tu entah kenapa dia merengek dan aku sedari maria demam. Demam urat sebab asyik berjalan jauh. Esoknya dia masih mabuk tidur semasa di rumah pengasuh.
Yang pasti aku dan zizie bersyukur kerana diagnosis yang dilakukan terhadap maria di 2 buah hospital yang berbeza untuk 2 jenis rawatan yang berbeza menunjukkan keputusan yang positif. Ini bermaksud Maria adalah bayi yang sihat dan kami tidak perlu membawanya berulang-alik ke hospital.

Thursday, July 9, 2009

Kg. Gajah

Mendengar saja namanya memang ramai orang terutama staf uitm yang akan menunjukkan reaksi muka yang tidak selesa. Mengapa? Ini adalah kerana kedudukan Kg. Gajah (Perak) yang menempatkan pusat latihan uitm di situ sangat jauh dari realiti bandar. Walaupun aku tinggal di segamat iaitu sebuah pekan kecil, aku dapat bayangkan kebosanan keadaan di sana, lebih-lebih lagi aku terpaksa meninggalkan maria jauh di johor.

Aku terpaksa mengikuti kursus bencana yang di anjurkan oleh ircdip. Kursus tersebut bermula dari 29jun-2julai. Maknanya aku sampai saja di rumah pada malam 29 jun (balik dari cameron), aku terus bergerak semula menuju ke perak untuk ke kg gajah pada pagi 30 jun. (Waaa....letihnya....beratnya hati nak tinggalkan maria....tapi kerana ini adalah arahan, aku terpaksa akur.)

Seperti biasa maria kena duduk hostel. Memang maria xde masalah tinggal dengan ibu & wan, tapi aku yang rasa rindu sangat kat dia.
Ada 2 aktiviti lawatan yang diselitkan dalam kursus ini, 1. Pasir Salak (tempat jww birtch dibunuh) 2. Bukit Larut (Kawasan paling banyak hujan di Malaysia dan sejukkkkk sangat). Lawatan ini amat menarik dan secara x langsung menambah pengetahuan aku berkaitan tempat menarik di Perak dan paling penting sekali berkaitan kaedah atau teknik yang digunapakai di Malaysia untuk mengatasi masalah cerun.
Jom layan gambar yang sempat aku rakamkan....

Bersama rakan-rakan dari kampus Penang, Kelantan, Sarawak & Kedah di hadapan Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Di dalam kompleks sejarah pasir salak bersama pengarah ircdip.

Wajah-wajah ceria sebenar sebelum kembara menaiki bukit larut.

Di puncak Bukit Larut. Kabus tebal di belakang tu kerana baru lepas hujan. Wajah kami seakan ceria, tapi tuhan saje yang tahu ketakutan menaiki bukit ni menggunakan landrover (nasib baik pakcik driver tu banyak cerita yg boleh mengalihkan perhatian kami)....jalan penuh liku + u-turn maut + rollercoster..iskh2...tobat x mau naik lagi dah!!!.....



Ni la landrover yang boleh memuatkan 10 orang penumpang untuk 1 trip dengan bayaran RM6 seorang.

Konon2 nak bergambar mcm kat oversea la (khasmir)....hahaha...tu pegang limau yg digunakan untuk menghilangkan mabuk naik bukit.....Nasib baik xde pacat yang naik ke kaki...aku x tau rupanya tempat ni banyak pacat, hinggalah terjumpa 2 ekor pacat sedang merayap2 dalam jip....waaaa...gelinya....

Saturday, July 4, 2009

Hari keluarga

Lama sangat x update blog ni. Aku memang x berkesempatan nak meluangkan masa untuk menulis walau sedikitpun. Sebenarnya sepanjang bulan jun ni banyak sangat aktiviti yang aku ikuti. Salah satu daripadanya adalah mengikuti hari keluarga syarikat zizie bekerja.

Hari keluarga yang diadakan dari 27 jun-29 jun ini lebih kepada konsep konvoi. Memang langsung xde agenda. Kami berkumpul di hentian ayer keroh Melaka (kami dari segamat dan yang lain bergerak dari JB) menuju ke Cameron Highland. Terdapat lebih kurang 11 buah kenderaan yang terlibat dan yang pastinya MYVY aku adalah kenderaan paling kecil dari segi saiz dan cc nya....hehehe....

Suasana Cameron yang sejuk memang mendamaikan jiwa, hilang rasa penat bekerja memerah otak. Kami sekeluarga tersangat enjoy. Maria sayang benar hendak tidur, mungkin takut kena tinggal. Waktu tidur baby sorang nie memang dah berubah. Dia sanggup menahan rasa mengantuk mungkin kerana seronok menikmati suasana di sana.

Dalam perjalanan balik (29jun), kami singgah di Kelly's castle, lumut (makan tengahari dan membeli belah sebentar) dan ke menara condong di teluk intan. Jauh sungguh perjalanan, kami sampai ke rumah pada pukul 12.30 tengah malam. Letih betul duduk lama dalam kereta.

Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakam....

Ni masa kat taman ros...maria pun merah dan wangi macam ros....emmm.


Ceria sentiasa baby mama ni.....senyum memanjang nak tunjuk gigi kapak tu.....


Tata ayah...maria dan mama di Kelly's Castle (berangan macam kat oversea la konon...hehehe....)

Bergambar kenangan di depan IRIS HOUSE Hotel....


Di hadapan menara condong....yang aku perhatikan, ramai orang melihat menara ini dengan leher masing-masing di arahkan ke kanan atau ke kiri....so menara yang condong atau kepala orang yang condong?